Pada petang hangat menusuk kalbu, jiwaku dilanda ribut salji lantas langkahku menjadi kaku. Angin bertiup zaman beralih. Namun patutkah budi dibiarkan jadi kudis? Hari ini ku terdengar suara sedu makku mendengar suatu khabar melalui telefon...hatiku terus bengis menanti si dia yang menitiskan air mata ibuku! Rupa-rupanya satu lagi tragis yang menimpa warga mas yang menagih simpati anak cucunya....Si dia yang lupa asal, si nun yang pelupa...masing-masing berdebat berbalah demi membuktikan satu perkara, wanita tua ini mak siapa! Duhai manusia durjana, kenapalah identiti wanita separuh nyanyuk ni dipertikaikan kini? Kenapa bukannya dari dulu lagi? Sebelum rambutnya beruban sebelum ingatannya mulai luntur dimamah usia...kenapa kini? Tergamak hati si dia yang bergelar anak...sembilan semuanya...bermuafakat dengan kepuasan tidak terhingga hinggap pada wajah mereka...ibu tua bakal dibawa ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan cucunya...kononnya...patut gembira kan? Satu keramaian yang sarat dengan suara riang gembira menanti demi menghiburkan hati si ibu tua yang dianggap sudah nyanyuk...ya...majlis perkahwinan cucunya. Betul ke ini cucunya? Dia bersongkok? Namanya nama orang Melayu! Oh, rupa-rupanya cucu angkat yang dah lama tak bertembung muka! Rapat ke hubungan mereka? Sejauh makku tahu mereka jarang-jarang bertemu apatah lagi hidup sebumbung...sebenarnya di sanalah si ibu tua akan ditinggalkan! Akhirnya kelopak mata makku tidak tertakung lagi air jernih yang kian panas terasa...air mata makku berlinangan apabila terdengar sambungan ceritanya...wanita tua yang dikatakan dah nyanyuk menangis...meronta...menjerit...merayu agar dia tidak ditinggalkan...pada detik dia bakal ditinggalkan!!!! Dia tak kenal apa itu Kuala Lumpur!!! Dia ingin kembali ke kampung halamannya!!! Kampung yang tak sunyi daripada suara seorang ibu mengulit sembilan orang anak kecilnya pada suatu ketika dulu!!! Adakah keterlaluan permintaan terakhirnya? Adakah orang nyanyuk tahu merayu agar dirinya tidak ditinggalkan di tempat asing? Adakah orang nyanyuk mempunyai perasaan duka dan luka? Kesudahannya...seorang ibu tua ditinggalkan sembilan orang anaknya atas alasan wanita tua ni dah nyanyuk......hatiku turut hiba dan pedih tatkala ibuku memberitahuku khabar yang tidak diundang ini...makku berkata padaku nasib baik dia tak tunjukkan apa-apa petanda nyanyuk...namun mak, yakinlah pada keempat-empat orang anakmu ini...kau sentiasa ibu kesayangan dan mahkota hati anak cucumu sampai selama-lamanya...kau bukan sahaja takkan ditinggalkan sesiapa...malah kau sentiasa hidup mekar dalam taman hati setiap anakmu sampai selama-lamanya...
Wednesday, November 25, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)