Friday, May 22, 2009

rumput Vs pokok

Hidup ini kerap membawa kita ke persimpangan dan kita dituntut untuk buat pilihan. Kadangkala nampaknya kita yang menentukan hala tuju kita tetapi kebanyakan kali situasi nampaknya terbalik. Misalnya senang untuk menyatakan kepada diri kita bahawa kita wajar henti bersedih...kesudahannya kita bertambah sedih! Hentikan pemikiran kita tentang si dia yang pengkhianat, namun akhirnya hati kita yang kian terguris! Sama juga dengan diriku kini...ku ingin jadi serumpun rumput di tepi jalan. Tiada siapa yang beriku perhatian..ku idam akan hidupku yang serba ringkas. Namun, ku tetap dijadikan sepohon pokok! Banyak juga anak remaja pernah berteduh di bawah pokok ni...tak salahkan? Masalahnya ku kan jadi tumpuan burung hantu, burung gagak, ular...diserang, disakiti, dirosakkan...ini bukan kehendak hatiku untuk menjadi sepohon pokok...sejakku berpindah keluar dari bumi keyalang telahku janji pada diriku untuk menjadi serumpun rumput...dah cukup sengsara menjadi sepohon pokok di halaman St Columba...ku betul-betul ingin hidup aman dan bebas daripada hasad dengki dan dendam yang tiada kesudahan...namun kata-kata Ms Teh, bekas kaunselor St Columba terngiang-ngiang kembali dalam telingaku...dia begitu pasti tatkala mengatakan padaku bahawa ku tidak mungkin menjadi serumpun rumput walau ke manapun ku bawa diriku! Ku tak berniat untuk mengancam apatah lagi merampas kedudukan mana-mana pihak...kenapa harusku kau anggap sebagai musuh ketatmu? Pernah seorang anak buahku memberitahuku...menurutnya orang yang tulus tidak akan berjaya malah akan dimusnahkan musuh yang tidak diundang...adat hidup kononnya...masih ku ingat akan jawapanku...ku katakan bahawa kita wajar gunakan kebijaksanaan untuk mengecapi kejayaan lantas melindungi diri kita daripada serangan musuh...bukannya kelicikan...walaupun ku masih sentiasa menjadi buruan musuh yang tak diundang, namun ku tetap percaya akan prinsip ketulusan dan keikhlasan jiwa...memang bukan pilihanku untuk menjadi sepohon pokok tapi ditakdirkan-Nya...ku benci akan hidup glamour tetapi itulah kehidupan yang akan mengiringiku...alangkah bahagianya untuk hidup bebas dan tidak diberikan perhatian oleh sesiapa...bagai rumput yang tumbuh di tepi jalan....